How to reduce my golf score

Semua pemain golf dalam dunia, dari Tiger Woods, Rory McIlroy, Sergio Garcia hinggalah ke geng-geng yang menebas di Malaysia ni lelaki atau perempuan — di Kuala Kubu Baru, Kundang, KLGCC, the Mines, Permai Pura, Bukit Besi, San Shui, Miri dan sebagainya — berhajat sangat kepada satu benda saja. How to reduce my golf score.

Termasuklah jugak kawan-kawan dan lawan-lawan saya. Memanglah score saya tak pernah turun dari angka 100, jadi senanglah dia orang sebat saya. Tapi dalam pada duit disebat tu pun, golf being golf, semuanya ada rasa belas kasihan jugak sama saya. Semua pakat kata You can play better, you can reduce your golf score.

Dan banyaklah golf tips yang saya dapat, nasihat dan panduan, teori dan amali. Bab ni saya nak share dengan tuan-puan adik-kakak. Topik untuk saya “How to reduce my golf score” yang kita semua bulih dapat sedikit ilmu. Bukan untuk nak main di British Open atau di PGA Tour tapi cukuplah setakakat bagi kawan-kawan susah sikit nak telan duit kita.

How to reduce my golf score

Tak susah pun sebenarnya, semua orang dah tau pun macam mana dan apa nak kena buat. Tapi apa ada hal, tak rugi pun kita belajar lagi. Jom kita tengok jugak:

Driver — kena ada skill. Skill yang sederhana pun cukup, mencukupi untuk nak swing menggunakan kayu/club terpanjnag dalam beg golf. Sudah okey kalau boleh menghantar bola sejauh sejauh 180 meter. Memang lebih jauh itu adalah lebih baik. Satu saja syarat: pukulan lurus, tegak, bengkok, rendah atau tinggi, bola mesti dihantar ke fairway. Kalau pukul 250 meter tapi ke dalam hutan atau tasik, apalah gunanya. Mengelakkan bola dari hilang dalam semak, atau separuh tenggelam dalam rumout tebal (rough) akan meningkatkan score kita tidak kurang dari satu shot. Itu baru satu lubang; kalau tiga?

Wedge — menggunakan Wedge perlu kepada tahap skill yang lebih tinggi. Setakat skill sederhana memang tak cukup. Terutama sekali apabila menggunakannya dalam situasi 50 meter ke dalam. Lagi dekat dengan green, lagi tinggi skill yang diperlukan. Berbaki hanya 50 meter atau 20 meter, tetapi chipping tersangkut, memerlukan kita membuat sehingga dua atau tiga kali pukulan lagi, ertinya bertambah dua atau tiga shot kita punya score. 

Putter —  penggunaan Putter ada sedikit argument. Apakah kita perlu skill untuk meleretkan bola ke arah/dalam lubang, atau kita bergantung kepada “feel” sudah memadai? Kawan saya bagitau, dia percaya dua jenis skill yang diperlukan: (1) distance iaitu boleh menganggar jauhnya jarak bola kita berada ke lubang, dan (2) skill mengenalpasti di mana break point, kat mana bola akan mula melentok ke arah lubang (bagi keadaan green yang bukan flat). Master kedua-dua skill, dan score kita akan berkurangan dua-tiga stroke.

Heh heh heh… ilmu dan tips mengenai “How to reduce my golf score”. Mudah je, kan?

Selamat prektis dan belajar dan amalkan ketiga-tiga skill bagi Driver, Wedge dan Putter, dan setiap orang mampu mengurangkan sebanyak tiga atau empat stroke dari score biasa. Now everyone can play 90 or better!

Errr…kalau score tak improve jugak, pergilah belajar direct dari teaching pro… 🙂

(654)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.

This entry was posted in Golf, MyGolfStory, Stories to share with you and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply