Cerita tentang hadiah kemenangan CIMB Classic

Hari ini kita cerita tentang hadiah kemenangan CIMB Classic. Share of prize money dari keseluruhan hadiah kemenangan sebanyak US7,000,000. Berapa banyak champion dapat, berapa banyak peserta lain dapat. Untuk suka-suka sahaja. Kerana berapa banyak pun dia orang dapat, kita tetap macam ni jugak. Tapi tak apalah. Saja kita ambil tahu sikit. Menyibuk.

Di penghujung Hari Akhir, dua orang pemain berkongsi tempat teratas, 14-Over. Ryan Moore dan Gary Woodland. Pemain Thailand Kiradech Aphibarnrat hampir-hampir menyertai pemain-pemain USA itu tetapi bogey di Hole 10 menyisihkan beliau. Sayang, hanya satu stroke menjadi pemisah.

Pada hari Isnin esoknya, Moore dan Woodland bertanding dalam Playoff. Hole 18 Par-5. Yang telah (dengan agak mudah) dimenangi oleh Ryan Moore apabila Woodland gagal menyudahkan chip dari rough tepi green untuk birdie, sedangkan Moore membuat birdie dengan putt sejauh hanya 4 kaki.

Dengan kemenangan itu, Ryan Moore membolot hadiah juara sebanyak US$1.26 juta.  Anda kiralah sendiri berapa juta ringgit. Kalau dalam matawag Rupiah, lagi banyak. Woodland pula di Tempat Ke-2 membawa pulang US$756,000. Tiga suku juta US dollars.

Pemain lain? Antara yang kita nak cerita di sini:

Aphibarnat pulang ke Bangkok dengan akaun yang terisi US$406,000, iaitu RM1,270,000. Satu juta dua ratus tujuh puluh ribu hinggit. Memang tak sebanyak yang di bawa balik oleh Ryan Moore tetapi cukup makan jugaklah agaknya walaupun setelah dibuat potongan cukai oleh LHDN.

Oh sorry. Sedikit kesilapan. Bukan RM1,27 juta tetapi sebenarnya ialah RM1,272,811.06 (pada pertukaran US1.00=RM3.20). Jumlah hadiah yang sama juga dibawa pulang oleh Chris Stroud yang sama score dengan Aphi.

Dari jumlah prize money yang ditawarkan (US$7 juta) untuk CIMB Classic kali ini, penggolop Malaysia berjaya meraih amaun berikut:

  • Nicholas Fung, Tempat Ke-63, score 5-Over: US$14,980.00 (RM46,962) — 0.21% dari Total Prizemoney
  • Rashid Ismail, Tempat Ke-75, score 18-Over: US$13,230.00 (RM41,476) — 0.18% dari Total Prizemoney

Pemain Anak Angkat kita, Siddikur Rahman, sedikit lebih lumayan dari Nicholas dan Rashid. Siddikur akan menambah akaun banknya sebanyak (sebelum cukai) RM167,000+lebih sikit (US$53,433). Dia dapat lebih lumayan kerana dia berada sedikit lebih atas dari pemain kita, iaitu berkongsi Tempat Ke-25 (Score 4-Under).

Pemain Paling Corot kali ini menerima hadiah yang tidaklah boleh dianggap papa kedana, kerana kedua-dua mereka (ya betul, dua orang berkongsi Tangga Last kali ini) masih mampu pulang dengan US$12,950. Lebih dari cukup untuk cover costs. Mereka ialah John Rollins (USA) dan Baek Seuk-hyun (Korea Selatan).

Semoga pemain Malaysia akan lebih mampu menduduki tangga-tangga lebih atas tahun depan, kerana seharusnyalah hadiah wang tunai yang sedemikian banyak disediakan disekat sebanyak mungkin dari mengalir keluar.

Sekian, majulah golf untuk negara!

(927)

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Golf, MyGolfStory and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply