Bunuh suami dengan minuman beracun

Bunuh suami dengan racun bukanlah cerita atau berlaku hanya di zaman dahulu.

Mengikut Plan A hanya sang suami sahaja yang nak dibunuh. Demikianlah objektif asal Asiya, seorang isteri di sebuah kampong di Daerah Muzaffargarh, Pakistan. Tetapi Plan A secara tak sengaja bertukar jadi Plan B. Suaminya mati, dan 12 orang yang lain pun mati juga. 14 lagi dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

Seperti yang telah dilaporkan Asiya telah menyediakan susu yang ditaruh racun untuk diminum oleh arwah. Entah kenapa suami beliau tidak jadi minum susu itu. Seminggu kemudian, keluarga suami beliau bertandang ke rumah mereka. Antara hidangannya ialah lassi, yang entah siapa pula telah mencampurkan susu beracun tadi ke dalamnya. Jadilah ianya  Plan B yang tidak dirancang sama sekali oleh Asiya.

foto: https://www.thestar.com.my

Siasatan polis mendapati Asiya telah dikahwin-paksa kepada arwah suaminya (forced marriage), bukan suka sama suka. Selepas berkahwin September lepas, dia telah jatuh cinta dengan lelaki lain. Si-makcik lelaki itulah yang telah membuat perancangan untuk membunuh suami Asiya.

Akhir cerita: Asiya, teman lelakinya, dan makcik lelaki itu telah ditangkap atas tuduhan membunuh.

 

(17)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.

This entry was posted in murder and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply