Mejar Jeneral dalam Tentera Darat Malaysia

Mejar Jeneral dalam Tentera Darat Malaysia, atau “Major General” dalam Bahasa Inggeris, adalah pangkat bagi pegawai kanan peringkat tertinggi yang bertaraf “dua bintang”, a two-star general.

Mejar Jeneral dalam Tentera Darat Malaysia

Saya tidak pernah menjadi seorang anggota military. Saya hanya seorang yang meminati hal-hal ketenteraan sambil lalu sahaja. Oleh itu apa yang saya tulis ini hanyalah hasil dari satu-dua perbualan dengan satu-dua bekas pegawai tentera, dan selebihnya dari apa yang saya boleh google.

Kedudukan seorang Mejar Jeneral dalam hierarki Tentera Darat Malaysia (TDM) adalah sangat senior (seperti juga dalam mana-mana tentera darat yang lain, juga tentera udara dan laut), yang “ranking”nya dalam kategori “general officer” adalah seperti berikut:

  • Jeneral (Jen.); in English, General (Gen.) — pangkat paling tinggi dalam TDM; jeneral empat bintang (four-star general)
  • Leftenan Jeneral (Lt. Jen.); Lieutenant General (Lt. Gen.) — pangkat kedua tertinggi; jeneral tiga bintang (three-star general)
  • Mejar Jeneral (Mej. Jen.); Major General (Maj. Gen.) — pangkat ketiga; jeneral dua bintang (two-star general)
  • Brigadier Jeneral (Brig. Jen.); Brigadier General (Brig. Gen.) — pangkat keempat dan jeneral paling junior (one-star general)

(a) Siapa dia seorang Mejar Jeneral?

Seseorang pegawai tentera berpangkat Mejar Jeneral dalam Tentera Darat Malaysia biasanya adalah seorang military commander yang menjadi panglima bagi satu formasi Tentera Darat yang dinamakan “Divisyen”. Penyandangnya dipanggil “Panglima Divisyen”, dalam Bahasa Inggerisnya “Divisonal Commander”.

Ada juga Mejar Jeneral yang tidak bertugas di medan tetapi di Ibu Pejabat, yang dalam Tentera Darat Malaysia dipanggil “Markas”. Mereka mungkin menjawat jawatan senior (juga dipanggil “Panglima”) dalam bidang pentadbiran, dasar, perancangan, kejuruteraan, latihan, kesihatan, dan seumpamanya.

Mejar Jeneral Dato' Suhaimi Zuki

(b) Apakah itu “Divisyen”?

Kira-kira 100,000 orang pegawai dan tentera regular dan simpanan Tentera Darat Malaysia disusun atau diatur dalam dua formasi besar, Markas Medan Barat dan Markas Medan Timur. Setiap “Markas Medan” mempunyai dua atau tiga formasi tentera dipanggil “Divisyen”, masing-masing mempunyai tanggungjawab pertahanan ketenteraan sesuatu wilayah besar tertentu:

Markas Medan Barat —  terdiri dari tiga Divisyen Infantri:

  • 2 Div, Pulau Pinang. Tanggungjawab ketenteraan kawasan Utara dan Pantai Semenanjung
  • 3 Div, Melaka. Kawasan Selatan Semenanjung.
  • 4 Div, Kuala Lumpur. Kawasan Tengah Semenanjung.

Markas Medan Timur —  terdiri dari dua Divisyen Infantri:

  • 1 Div, Kuching. Tanggungjawab ketenteraan kawasan Sarawak.
  • 5 Div, Kota Kinabalu. Taggungjawab ketenteraan Sabah.

Setiap Divisyen pula terdiri dari beberapa pasukan yang dipanggil “Briged”. Setiap divisyen mungkin terdiri dari tiga atau empat briged, dibantu pula oleh lain-lain unit atau pasukan sokongan.

Panglima dan Pangkatnya

  • Markas” diperintah oleh seorang “Panglima Medan“, berpangkat “Leftenan Jeneral“; jeneral tiga bintang
  • Divisyen” diperintah oleh seorang “Panglima Divisyen“, berpangkat “Mejar Jeneral“; jeneral dua bintang
  • Briged” diperintah oleh seorang “Panglima Briged“, berpangkat “Brigedier Jeneral“; jeneral satu bintang

(d) Kekuatan anggota

Kekuatan anggota bagi sesebuah Markas, Divisyen, Briged, atau Batalion bergantung kepada keperluan ketenteraan dan fungsi setiapp unit itu sendiri. Selain dari tentera infantri yang menjadi teras, terdapat pula anggota lain yang menjadi tonggak sokongan, seperti anggota/pasukan mekanis (armour), jurutera, pasukan udara, kavalri dan seumpamanya. Walaubagaimanapun, secara “standard”nya, bolehlah diandaikan bahawa kekuatan Tentera Darat terdiri dari formasi berikut:

Dua buah “Markas” (tiap satu seorang Leftenan Jeneral) –> Lima buah Divisyen Infantri (tiap satu seorang Mejar Jeneral) –> tiap satu Divisyen, tiga Briged Infantri (tiap satu seorang Brigedier Jeneral) –> tiap satu Briged tiga Batalion Infantri (tiap satu seorang Leftenan Kolonel), –> setiap satu batalion, 500~800 orang pegawai dan lain-lain pangkat).

Berbalik kepada tajuk artile ini, iaitu “Mejar Jeneral dalam Tentera Darat Malaysia”. Dari lakaran estimate di atas, dapatlah kita perhatikan bahawa bidang kuasa dan tanggungjawab seseorang Mejar Jeneral sebagai seorang Panglima Divisyen adalah berat. Dia mengepalai mungkin sekitar 8,000 anggota tentera, superior commanding officer kepada empat atau lima Brigedier Jeneral sebagai Panglima Briged dan lain-lain staff functions.

Sebagai contoh, Panglima 5 Div (Kota Kinabalu) sudah tentu payah nak lena tidurnya dalam keadaan-keadaan tertentu  kerana wajib memikirkan pertahanan keseluruhan wilayah darat Sabah.

Maka sesiapa yang mencapai kepada rank Mejar Jeneral dalam Tentera Darat Malaysia (dan saya fikir, dalam mana-mana Tentera Darat negara lain pun sama juga) bukanlah calang-calang orang. Seorang Mejar Jeneral bukanlah seseorang yang telah mencapai pangkat jeneral dua bintang ini semata-mata kerana faktor hebatnya dia menulis ucapan, menulis rencana, atau kerana dia hebat di belakang meja.

Dia telah melalui puluhan tahun ujian dan pengalaman sebagai seorang individu, seorang pegawai tentera, dan seorang pemimpin dalam pelbagai situasi dan kedudukan. Dia tahu susah payah seorang “foot soldier” semasa berpangkat “Leftenan” dan “Kapten” dahulu.

Dia amat faham dan arif dalam leadership skills, planning, directions, policy-making, dan seumpamanya yang dipelajari dan diperolehi serta dilalui dari peringkat seorang mejar hingga kolonel, sehingga brigedier jeneral.

Demikian sifat, kebolehan dan keupayaan seseorang pegawai tentera yang selayaknya diberi dua bintang atas bahunya.

(7)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.

This entry was posted in Military. Bookmark the permalink.

Leave a Reply