The night is “quite quiet”

The night is “quite quiet“. Malam itu sungguh sepi.

image from http://www.tolearnenglish.com

Ni bukan pasal cerita hantu tapi mengenai Bahasa Inggeris sikit: Bila tempat sesuai nak guna perkataan “quite” dan bila masa kita nak guna “quiet“.

Seorang sahabat lama saya — bekas pensyarah English Language di sebuah kolej swasta — bercerita, dia kerap berjumpa dan terjumpa dengan kesilapan biasa (common mistake) yang dilakukan oleh students dia. Kata dia, oleh sebab ada sedikit perbezaan antara “quite” dan “quiet“, maka kita perlulah sedikit berhati-hati bila menggunakan kedua-dua perkataan itu dalam penulisan kita.

Kesilapan boleh terjadi kerana:

  • silap type: memang hajat nak type “quite” tapi laju sangat maka ter-type “quiet”
  • gangguan ikhlas oleh Autocorrect: kita type dah betul tapi Puan Autocorrect masuk campur. Kita type “quite” dia perbetulkan jadi “quiet”. Kita type “quiet”, dia memandai buat correction jadi “quite”.

Jadi kena double check bila datang bab “quiet” dan “quite”. Bezanya sedikit tapi beza jugaklah. Sebagai contoh:

  • I don’t quiet know when Mr Trump will come to visit my village. Salah tu. Yang betul: “I don’t quite know when Mr Trump will come to visit my village”. Saya tahu dia nak datang melawat kampong kami tapi saya tak berapa pasti tarikh sebenar dia nak datang tu.
  • The house is quite quiet. Rumah tu agak sunyi. Dalam konteks ini, maknanya rumah tu memang sunyi sungguh. Sunyi sepi. Bukan sunyi yang “tak berapa sunyi”. Oleh itu “The house is quiet quiet” memang bunyi peliklah.
  • The house is quite large (jangan tulis “The house is quiet large“). Yang dimaksudkan ialah “Rumah tu agak besar jugak lah tapi tidaklah terlampau besar”.
The house is quite quiet (foto dari http://hellosurabaya.com/wp-content/uploads/2015/10/rumahhantudarmo-1160x699.jpg)

The house is quite quiet
(foto dari http://hellosurabaya.com)

  • Tetapi kalau tulis begini: “The house is quite large but it is quite quiet“, ayatnya betullah.
  • She was a quiet lady but Ms Tan was quite (bukan “quiet“) a fierce teacher. Ms Tan ni nampak je pendiam tapi perghhh…dia punya lah garang…bukan sikit-sikit garang dia.
  • Donald Trump is quite a handsome guy. Di sini sebenarnya kita nak kata “Mr Trump ni boleh tahan jugak handsome dia”, bukannya “Mr Trump ni taklah handsome tara mana pun”. Hati-hati, jangan tulis “Donald Trump is quiet handsome“. Susah nak terjemah ayat tu.
  • Kalau kita jual produk kat online, kita nak bagitau produk kita tu sangat berkesan, tidak berapa sesuai kita tulis “This slimming cream is quiet efective“.

Demikian sekadar beberapa petunjuk dan contoh yang diberikan oleh kawan saya. Kata-kata salam penutup beliau: “I do hope this has been quite helpful for you“.

[huge_it_share]

(23)

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Language and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply