Minyak naik harga, hidup monyet pun makin susah!

Kita selalu komplen: minyak naik harga, barang naik harga, semua naik, naik dan naik. Kos sara hidup makin mahal sedangkan gaji tak mahal macam mana pun. Kita hanya pusing pusing ambik tahu hal kita jer tapi kita tak perasan, rupanya makhluk lain pun kena kesan yang sama jugak.

Satu pagi tu PakNgah nak ke satu tempat dalam Kuala Lumpur, along the way singgah kat sebuah petrol station nak isi minyak. Nampaklah satu kumpulan monyet ni sedang cari makan di situ. Perati punya perati, rupa-rupanya hidup monyet-monyet ni pun dah tak berapa senang jugak sekarang ni. Terpaksa kurangkan belanja dapor, jadi dia orang ronda-ronda di stesen minyak cari apa yang boleh dimakan. Fastfood pun okey,  janji free.

life is no longer as easy as it used to be...

minyak naik, tambang teksi naik...aduihhh...

Bila minyak naik, tambang teksi pun naik jugak. Nak ke mana-mana bukan murah. Dari rumah ke stesen komuter pun tambang mahal, kurang-kurang lima ringgit. ¬†Tapi monyet ni semua tak bodoh sangat: dia orang try naik teksi tanpa perlu bayar tambang. Ya lah, kalau masuk dalam teksi, kena bayar tambang; tapi kalau “naik” teksi (duduk jer atas bumbung), patutnya free jer lah.

Lagipun, teksi ni 1Malaysia punya teksi, monyet-monyet ni mungkin agak dia orang layak dapat free ride…

(411)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Some other sides of the world and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply