Joke mengenai seorang isteri dan suami

Lawak ni PakNgah dengar dari seorang hamba Allah, semasa PakNgah berada di sebuah negara jiran baru-baru ini. Dia pulak kata, dia dengar dari kawan dia. Kawan dia pulak dapat joke ni dari surat kabar. Macam cerita hantu jugak: hang nampak ke hantu tu? Tak le nampak, aku dengar dari kawan aku. Kawan hang tu nampak lah hantu tu? Tak jugak, dia pun dengar dari kawan dia.

Cerita dia camni (maaf kalau lawak ni dah basi ok?):

Masa bertunang, Wanita bagi tau dia tak reti masak. Masak nasi boleh la, tapi lauk-pauk, maaf Yang, saya belum pandai. Lelaki jawab, nggak apa. Lama-lama bisa pandai.

Tahun pertama kawin, dia orang dah tinggal dirumah sendiri. Sang Suami bina rumah ala kadar namun selesa, ada bilik tidur, dapur batu, bilik air. Sang Isteri beritau: Maaf Bang, saya masih belum tau masak. Suami sporting, dia jawab “tak apa, nanti bisa belajar. Kita hanya berdua, bisa beli bungkus aja”.

Tahun kedua, dapat sorang anak. Isteri tak juga tau masak. Isteri rasa bersalah, mohon maaf dari Suami. “Maaf Bang, hari-hari kita bertiga makan nasik bungkus.” Suami understanding, lagipun isteri makin sibuk dengan anak kecil, langsung jawab “Nggak apa, nanti bila baby agak besar, ibunya bisa belajar masaknya”.

Tahun ketiga, dapat lagi sorang anak. Isteri makin rasa bersalah, tapi tak jugak belajar memasak. “Papa, saya masih belum kesempatan belajar masak.” Suami diam, tak kata apa-apa. Terus saja menyuap nasik dan lauk yang dibeli.

Besoknya, suami keluar kerja seperti selalu tetapi dua jam kemudian telah balik ke rumah. Bersama dengan dua orang lelaki lain. Isteri terperanjat besar, sebab ini pertama kali Sang Suami pulang dari tempat kerja sedemikian awal. Siapa pulak lelaki dua orang tu?

Ibu, ini Andi sama Joko. Dia orang tukang batu. Ada kerja mau bikin di rumah kita.

Kerja apa, Papa? Mau dibesarkan lagi ruang rumah ini?

Tidak, Papa upah mereka untuk robohkan saja dapur batu kita tu.

(Nota serius: Perkahwinan bukan satu jenaka, tapi mesti ada jenaka dalam perkahwinan)

(437)

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Some other sides of the world. Bookmark the permalink.

2 Responses to Joke mengenai seorang isteri dan suami

  1. AskBudakboy says:

    Haha…peedup nampak ngeh ngeh ngeh =)

  2. PakNgah says:

    suami yg berhemah agaknya tu, macam tu lah response dia. 😀

Leave a Reply