Anak yatim punya cerita

Anak yatim punya cerita, adalah cerita yang menggamit banyak ragam emosi. Ada sedih, ada suka, ada duka. Dalam cerita Nujum Pak Belalang, “Belalang” adalah anak yatim yang ketiadaan emak. Kesian tengok dia, minum kopi pun pakai serbuk arang kuali.

Belalang tengah buat kopi (imej dari http://www.penbiru.com

Belalang Si Anak Yatim tengah buat kopi

Jadi sesekali, eloklah jugak kita tolong sekadar mungkin budak-budak yatim yang dah takdak emak atau ayah ni, yang yatim piatu lebih-lebih lagilah.

Anyway, adalah sorang kawan saya ni, nak share cerita dengan kita semua pasal “anak yatim“. Inilah cerita dia:

Dalam kelas Darjah Empat Biru, Cikgu Kamal sedang mengajar subjek Bahasa Malaysia.

“Saya nak buat ayat yang berkaitan dengan Tiger Woods,” beritahu Cikgu Kamal. “Siapa yang tak kenal Tiger Woods, sila angkat tangan!”

Semua murid mengangkat tangan. “Bagus”, kata Cikgu Kamal. “Jadi kamu semua tahu ayah Tiger Woods dah meninggal, bukan?” Satu kelas bergemuruh menjawab, “Tahu cikgu!” “Bagus sekali lagi!” kata Cikgu Kamal sambil mula menulis di papan hitam.

A – Anak yatim itu dipukul oleh ayahnya.
B – Anak yatim itu dipukulkan oleh ayahnya.
C – Anak yatim itu memukul oleh ayahnya.
D – Anak yatim itu telah dipemukul oleh ayahnya.

Liza: Dalam ayat ni tak ada sebut pasal Tiger Woods pun cikgu.

Cikgu Kamal: Kamu sabar sikit boleh tak, saya belum tanya soalan pun lagi. Baik, sekarang soalannya: Antara A, B, C dan D, mana satu ayat yang betul?

Pyan: (bingkas bangun dengan over-confidentnya) Kacang jer, cikgu. Mestilah ayat A!

Cikgu Kamal: Salah! Lain kali jangan over-confident sangat. Berdiri atas bangku! Kamu pulak, John, jawapan kamu?

John: (dengan ragu-ragu) Errr…yang betul adalah D, cikgu.

Cikgu Kamal: Sorang lagi! Langsung tak ada confident, salah pulak tu. Sila panjat bangku sekarang!

Bujal: (murid yang tak pernah tak dapat No.1 dalam periksa) John memanglah salah, Cikgu, tapi kenapa Pyan pun salah? Dia betullah, Cikgu!!

Cikgu Kamal: Semua ayat tu salah. Semua ni kan pasal Tiger Woods? Tiger Woods mana ada ayah lagi dah, kan? Dah tu, ayah dia nak pukul dia macam mana? hahahaha..!

Adang: (murid paling ganas dalam kelas) Gerenti akan ku pancit jugak tayar Alfa Romeo Cikgu Kamal ni.

——

imej dari http://www.penbiru.com

(514)

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Jokes and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply