Malaysian golfer Ainil Johani Abu Bakar menang Kenda Tires TLPGA Open

Malaysian golfer Ainil Johani Abu Bakar berjaya menggondol piala kemenangan kejohanan golf 2013 KENDA Tires TLPGA Open, yang telah diadakan di Taipei, Taiwan 24hb~26hb Julai, mencatatkan kemenangan profesionalnya yang pertama.

Pemain profesional berusia 23 tahun ini menang setelah membuat jumlah pukulan keseluruhan tiga hari sebanyak 212 (73-65-74) iaitu 4-Under mengatasi pemain Taiwan Babe Liu dengan dua strokes. Sebagai johan, dia berjaya membawa pulang hadiah sebanyak NT$600,000 (kira-kira RM64,000.00).

Anil Johari

Kejohanan ini turut disertai oleh golfer dari pelbagai negara (termasuk Taiwan, Jepun, Thaland, Filipina, Australia) disamping beberapa orang pemain yang bertanding dalam kejohanan Japan Ladies PGA (JLPGA).

Kita ucapkan tahniah dan syabas kepada Ainil Johani. Kita percaya dia akan terus mencatat beberapa lagi kemenangan di masa depan bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga untuk mengharumkan nama Malaysia di persada kejohanan golf profesional wanita, sekurang-kurangnya di Asia.

——-

story origin: facebook/GolfDigestMalaysia

sumber dan foto:  http://www.tlpga.org.tw

(462)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.

This entry was posted in Golf and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply