Malaysian Golf Association (MGA) — AJK Baru 2011/2013

MGA 2011/2013 -- Committee Baru

Ini adalah orang-orang kuat MGA (Malaysian Golf Association) bagi penggal baru 2011/2013. Committee ini dipimpin oleh presiden baru, Tan Sri Dato’ Mohd Anwar Mohd Nor. Dalam pemilihan AJK minggu lepas, beliau mendapat kelebihan satu undi (150 vs 149) mengatasi penyandang jawatan, Datuk Robin Loh.

Tan Sri Anwar bukanlah seorang yang asing dalam dunia sukan negara: beliau pernah menjadi presiden Persekutuan Hoki Malaysia 2006/2008.

Sedikit latar belakang: Beliau merupakan bekas Panglima Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM). Kemudian dalam tahun 2005 beliau telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), pertama kali dalam sejarah tentera Malaysia seorang “bukan Tentera Darat” dilantik ke jawatan itu (“tradisi”nya ialah penyandang Panglima Tentera Darat akan dilantik menjadi PAT). Beliau bersara dalam bulan Januari 2006.

Line-up penuh:

Presiden: Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor

Naib Presiden: Datuk Mohd. Yaacob Mohd. Kassim, Low Teck San

Setiausaha Kehormat: Datuk Zulkifli Datuk Ismail

Bendahari Kehormat: Andrew Bryan Perera

Wakil Negeri:

Kedah:Yuzmi Yusoff

Perak: Teoh Piek Kee

Selangor: Sharuddin Shariff

KL: Ishak Mohd Esa

Negeri Sembilan: Shanjoy Roy Choudhury

Melaka: Mohd. Rom Muslim

Johor: Majid Manjit Abdullah

Terengganu: Khalid Emran Yusof

Sabah: George Bandusena

Sarawak: Brian Chien

Kita semua mengharapkan pasukan baru ini mampu membawa dunia golf Malaysia ke tahap yang cemerlang, dan membuat beberapa kemajuan dan perubahan agar nama Malaysia berada di depan bersama pemain dan negara lain, sekurang-kurangnya di rantau Asia. Sasaran awal seharusnya ialah menghasilkan seorang juara tempatan untu menjuarai Malaysian Open.

 

(766)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Golf and tagged , . Bookmark the permalink.

1 Response to Malaysian Golf Association (MGA) — AJK Baru 2011/2013

  1. PakNgah says:

    Semoga new team bring new and fresh agenda =)

Leave a Reply