Cerita Antara Dua Darjat

Cerita “Antara Dua Darjat” adalah sebuah filem Melayu yang ditayang dalam tahun 1960 — dan sekarang masih boleh ditonton di kaca tv — mengisahkan tembok pemisah dalam masyarakat mengikut darjat (“class”) atau status hidup yang tebal di zaman itu. Filem ini diarahkan oleh P. Ramlee, dengan pelakon utamanya ialah P. Ramlee sendiri, Saadiah, dan S. Kadarisman. Peminat P. Ramlee pasti tahu dan ingat serta tidak jemu-jemu menonton filem “Antara Dua Darjat” ini. Malahan, lagu “Getaran Jiwa” (digubah dan dirakam oleh P. Ramlee, lirik oleh S. Sudarmaji) yang dinyanyikan oleh Ghazali (watak P. Ramlee) dalam filem ini terus segar-bugar sehingga ke hari ini.

Antara Dua Darjat

Antara Dua Darjat

Itu cerita dahulu. Masih adakah lagi tembok atau pemisah kerana darjat, kasta atau status dalam masyarakat kita hari ini? Kata ramai sahabat-sahabat saya, “Masih ada, walaupun mungkin tidak setebal dahulu lagi”. Saya bersetuju jugaklah dengan jawapan itu. Maklum sajalah, setiap dari kita adalah insan biasa, yang tidak boleh terlepas dari perasaan ego, sombong, megah dan bangga diri.

Jika kita perhatikan siatuasi parking lot di sebuah kelab golf ini — seperti juga di banyak kelab lain, hotel — status atau darjat yang tinggi tidak diberikan tempat yang terlampau berbeda. Jika anda adalah pelawat atau bukan ahli kelab, anda parkinglah kereta anda di kawasan “Visitors” atau “Pelawat”. Untuk ahli kelab, ada kawasan parking untuk “Members“. Tiada kawasan khusus untuk Tan Sri, Datuk Seri, Syarifah, Tengku, Rakyat Biasa, dan sebagainya.

Beauty and The Beast

Beauty and The Beast

Maka semua kenderaan pelbagai darjat dan kasta diletak atau diparking di mana saja ada petak kosong. Actually saya sendiri tak kisah sangat pun, tetapi bila satu hari tu saya parking “anak gajah” saya di sebelah kereta kecik dua pintu warna kuning garang tu, saya rasa segan sendirilah. Maklumlah kan, kerana darjat kereta kita berada di beberapa anak tangga di bawah, sedngkan darjat kereta orang agak nun jauh di atas.

Bukan, bukan kerana kereta dia nilainya sejuta ringgit dan kereta saya sepuluh ribu ringgit, tetapi kerana kereta saya comot dengan debu dan selut, sedangkan kereta kuning tu berkilat-kilat tanpa sedikit habuk pun. Itu yang menjadi bagaikan “Antara Dua Darjat”.

Dan itu yang segan tu. Bukan kerana darjat yang berbeda.

(21)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Golf, Some other sides of the world and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply