Kenapa Malaysia tak dapat masuk final World Cup

Kenapa kita, Malaysia, tak dapat masuk ke final World Cup sedangkan Iceland dapat masuk? Entahlah.

Saya bukan pakar bolasepak nak buat analisa. Saya bukan tau pasal bolasepak kecuali setakat bersorak depan tv.

Yang boleh baca dan nampak ialah presiden FAM dah tukar tapi Malaysia tetap kekal dengan status quo: Pusingan Kelayakan pun terkial-kial nak menang. Coach dah ambil dari luar negara, tak juga menang dengan Hong Kong.

Adakah saiz penduduk menentukan hebat atau tidak pasukan bolasepak sesebuah negara? Tidak jugak.

Malaysia penduduknya 32 juta, tiap-tiap petang padang bola di mana-mana penuh orang main bola, tapi asyik kalah jugak. Iceland masuk final World Cup, penduduknya 350,000 sahaja. Portugal yang dapat masuk final juga, penduduk hanya 4 juta. Penduduk sikit tapi terer kemain bolasepak dia orang. Egypt lagi ramai, 100 juta orang, masuk World Cup tahun depan.

Susah nak cari sebab kenapa Malaysia tak masuk-masuk World Cup ni. Ganti presiden tak improve, ganti coach tak improve, ganti jersey tak improve.

Nak kena ganti diet/permakanan kot baru akan improve? No more nasi lemak, kuey tiaw, masak lemak, patin tempoyak, sambal belacan, asam pedas, budu…?

(9)

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in World Cup and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply