Newcastle United have beaten Aston Villa 2-1!!!

Newcastle United, sebuah football club yang telah mula aktif sejak tahun 1892, ada cerita pasal dia orang yang saya nak share dengan tuan-puan adik-kakak semua kali ni. Termasuklah dengan beberapa orang tertentu yang di bawah ni:

  • orang yang dok ingat EPL tu adalah satu football league yang terdiri daripada Manchester United, Chelsea, Liverpool dan Arsenal. (betul, memang ada kes camtu…seorang anakbuah ni, kawan-kawan dia panggil dia “Nokia”, dia memang dok pikir di England tu hanya ManU jer yang dok main bola. Sorang lagi pulak, Bujal, bagi dia dalam satu alam semesta ni, cuma Arsenal jer pandai main bola).
  • orang yang tak ambik port langsung pasal bola. Football di Mexico ka, di Sepanyol ka, dia tak peduli
  • orang yang tertidur masa bola kat astro tu baru nak start Second Half
  • orang yang tak dapat tengok kat tv sebab kedai mamak feveret dia tutup awal
  • dan orang yang sewaktu dengan dia orang-orang di atas

Cerita dia lagu ni: Malam tadi/awal pagi tadi, dalam salah satu dari beberapa football matches yang sangat kritikal dalam sejarah English Premier League, Newcastle United — pasukan yang telah ditubuhkan dalam tahun 1892 — telah senang-senang membaham Aston Villa 2-1.

Maka dengan memperoleh 3 mata penuh itu, Newcastle United sekarang ini mengumpul 24 mata, dan berada di Tangga ke 6. Satu kedudukan yang selesa, selamat, dan bahagia. Kepada Newcastle United, kami semua di Malaysia mengucapkan “Semoga Sukses Selalu!”

Oh by the way, entah apa pasai, in one of the season’s greatest surprises to-date, QPR telah seri 1-1- dengan Manchester City. Agaknya QPR terkejut dengar Tony Fernandes nak quit kalau asyik dok kalah. Mungkin. Perhaps. Maybe.

(833)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.

This entry was posted in football, Newcastle United and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply