Mengamuk sakan bila gaji lewat bayar


Bila gaji atau upah lambat bayar, reaksi pekerja kadang-kadang tidak dapat disangka. Ada yang “Oh ok, tak apa lah, dah tu bila?” dan ada yang mengamuk sakan.

Memang berlaku kes lewat bayar gaji oleh majikan atas sebab-sebab yang tidak dapat mereka elak. Dan of course, memang ada kes lewat bayar gaji kerana sengaja; anyway, itu cerita lainlah. Yang kita nak cerita ni kes yang “genuine”.

Pekerja ada tanggungannya sendiri. Sewa rumah, tambang bas sekokah anak, bayaran tadika, bil air bil api bil talipon dan lain-lain. Sebab tu sangat penting majikan membuat bayaran gaji pada waktu atau tarikh yang tetap. Misalnya, ditetapkan pada 6hb dalam bulan berikutnya. Atau pada 28hb bulan yang sama. Atau pada hari akhir setiap bulan. Mau tidak mau majikan mesti cari atau sediakan wang untuk bayar gaji pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan tadi.

Oleh kerana tarikh bayar gaji itu penting, maka apabila gaji tidak dibayar pada tarikh yang dijanjikan, mungkinlah ada seorang-dua pekerja yang hilang pertimbangan.

Seperti yang kita sebut awal tadi, kebiasaanya pekerja agak understanding kalau lambat bayar gaji. “Nak buat macam mana, kan? Next pay day bila pulak ni?”¬† Atau yang sedikit sinis, akan menyambutnya dengan “Dah nak bangkrap ke kompeni¬† ni?” Tapi mungkin ada yang dah sangat terdesak, tambah pulak dah sedikit mabuk, teruslah hilang akal mengamuk sakan…

…hingga dibakarnya kereta si-majikan!

Selamat Tahun Baru 2018!

(2)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in EmploymentWorld and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply